Monday, November 4, 2019

Pengalaman Jual Kerepek Part 2

Hai kawan-kawan, hari ni nak sambung share pengalaman aku jual kerepek. Hari tu dah share macam mana bermulanye jual kerepek ni kan..so hari ni aku nak sambung.

Selepas beberapa minggu aku repeat bende yang sama, which is aku balik kampung ---> beli kerepek extra --> buat annoucement kat wassap group office ---> habis jual ---> ambik order ---> beli kerepek ---> repeat. Note, cara buat announcement tu kena baca Pengalaman Jual Kerepek Part 1 tau hehe. Aku dah dapat tengok pattern dia, minggu ke-2 aku beli kerepek kekawan order dalam 10 paket, aku beli extra 2. Minggu ke-3 kekawan order dalam 20 paket, aku beli extra 1. Minggu ke-4 makin bertambah order jadi 30 paket & aku langsung tak beli extra. Ye la, cube korang bayangkan macam mane aku nak beli extra, sedangkan modal nak beli kerepek je dah berkira-kira 😛.

Start minggu ke-3 & 4 dan seterusnya aku dah tak buat wassap annoucement sebab diorang sendiri yang datang kat aku kalau nak order kerepek. Haa senang kan jual kerepek? hehe.

Berdasarkan figure and fact kat atas, yang aku boleh simpulkan, order aku makin lama makin bertambah kan, sebab minggu ke-4 tu minggu gaji.Lagi satu, aku ade baik dengan kakak Production, diorang yang tolong aku promote kerepek..so, korang yang nak jual kerepek tu, rajin-rajin la tegur sapa orang sekeliling, rajin senyum. Kalau nak ikut, aku ni bukan la sejenis yang mesra alam pun..tapi aku cube beranikan diri say hi dekat kawan2 cina & india..kawan melayu pun aku tengok jugak, kalau sekepala aku on je, tp kalau tak, just say apa kabar, makan ape lunch..camtu je. Walaupun sebenarnye tau diri adalah sejenis yang malas nak bertegur sapa. Tapi lepas aku jual kerepek tu, aku paksa la diri aku bercakap dengan orang walau sepatah perkataan..Kalau kawan-kawan lelaki aku masih tak berani lagi. Malu oi! Kena take note kat sini, dengan kawan perempuan pon aku tak reti nak tegur2, lagi2 lelaki..aku kena double tripple effort la utk yang tu. Skala improvement aku bagi untuk social skill dengan kaum adam aku boleh bagi takat 5% je.hehe Ala..part ni nanti2 la aku improve eh. Nak pikir benda lain dulu..

Minggu seterusnye, order aku maintain dalam 20-25 paket..Tapi ada minggu yg sikit je order, order banyak ke sikit ke yang penting kena konsisten jual, barula nampak keseriusan dalam perniagaan..hoyeahhh.

Ok, tu je aku nak share utk entry kali ni. Next aku nak share pengalaman aku join event untuk jual kerepek. Tungguuuu..

No comments:

Post a Comment